Menu
Nikah Pernikahan di MalaysiaWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nikah |
Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorang muslim dapat memikul amanat tanggung jawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta menjaga ketenteraman jiwa.
Pernikahan memiliki tujuan yang sangat mulia iatu membentuk suatu keluarga yang bahagia, kekal abadi dan dirahmati tuhan. Sesuai dengan rumusan itu, pernikahan tidak cukup dengan ikatan lahir atau batin saja tetapi harus kedua-duanya. Dengan adanya ikatan lahir dan batin inilah perkahwinan merupakan satu fitrah manusia serta dituntut oleh agama untuk mengelakkan perbuatan mungkar.
Dalam Islam, syarat sah pernikahan penting terutama untuk menentukan pasangan lelaki dan wanita itu dihalalkan melakukan hubungan seksual sehingga terbebas dari perzinaan. Zina merupakan perbuatan yang sangat keji dan dapat merosakkan kehidupan manusia. Dalam agama Islam, zina adalah perbuatan dosa besar yang bukan saja menjadi urusan peribadi yang bersangkutan dengan Tuhan, tetapi merupakan kesalahan yang boleh dihukum mengikut hukum syariah. Di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam, hukum Islam amat mempengaruhi permasalahan masyarakatnya.
Agama Islam mempunyai tradisi perkahwinan yang sederhana, memudahkan dan ringkas dengan tujuan agar seseorang tidak terjerumus ke dalam perzinaan.
Perkahwinan sudah sah apabila telah memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Adapun yang termasuk dalam rukun perkahwinan adalah seperti berikut:
Apabila salah satu syarat itu tidak dipenuhi maka perkahwinan tersebut dianggap tidak sah, dan dianggap tidak pernah ada perkahwinan. Oleh kerana itu diharamkan baginya yang tidak memenuhi rukun tersebut untuk mengadakan hubungan seksual mahupun segala larangan agama dalam pergaulan. Dengan demikian apabila keempat rukun itu sudah dipenuhi maka perkahwinan yang dilakukan sudah dianggap sah.
Menu
Nikah Pernikahan di MalaysiaBerkaitan
Nikah Nikah mut'ah Nikah, Cerai, Rujuk Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood Nipah Nikkhil Advani Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul RahmanRujukan
WikiPedia: Nikah http://books.google.com/books?id=mclrIKdye5QC&dq=n... http://www.scribd.com/doc/27490383/ https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Weddin...